SESI WEBINAR MALA : MENSTIMULASI EKONOMI TEMPATAN β PASCA COVID-19 Program WEBINAR yang julung-julung kali diadakan ini telah menarik minat hampir 1023 peserta. Peserta-peserta adalah terdiri dari pelbagai PBT seluruh Malaysia dan dilayari secara maya. Sesi WEBINAR ini dimulakan dengan ucaptama oleh YBhg. Datuk Zainal Abidin Bin Abu Hasan, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Barisan panelis terdiri daripada 3 kategori PBT iaitu Majlis Daerah, Majlis Perbandaran dan Majlis/Dewan Bandaraya serta panelis dari Secretary General United Cities and Local Goventments Asia Pacifics (UCLG ASPAC). Webinar ini turut diserikan dengan penampilan istimewa oleh YBhg. Dato’ Seri Maimunah Bt Mohd Shariff […]
YBhg. Datuk / Datoβ / Tuan / Puan, Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. (Surat dilampirkan) 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) dengan sokongan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menganjurkan sesi Webinar : Menstimulasi Ekonomi Tempatan β Pasca Covid-19 pada ketetapan berikut:- Tarikh : 20 Julai 2020 (Isnin) Masa : 2.30 petang β 4.30 petang Saluran : Pautan (link) akan diemelkan selepas Pendaftaran (Webinar) 3. Webinar ini bertujuan untuk berkongsi amalan-amalan terbaik PBT dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) terutama dari segi langkah-langkah penjanaan semula ekonomi tempatan yang terjejas sepanjang […]
Kunjungan Hormat ke Pejabat KSU KPKT, Datuk Zainal Abidin bin Hassan. Di kunjungan ini, Dato Presiden MALA telah memperkenalkan MALA kpd Datuk KSU disamping membincangkan isu-isu Pihak Berkuasa Tempatan kesan dari Covid-19.
Perjumpaan YBhg. Dato’ Ar. Yew Tung Seang Presiden MALA ke Pejabat YBhg. Dato’ Noor-Ihsan bin Che Mat Ketua Pengarah, KPKT sempena Kunjungan Hormat ke Pejabat YBhg. Datuk Zainal Abidin Abu Hassan, Ketua Setiausaha KPKT pada 29 Jun 2020.
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) Bil. 2/2020 telah diadakan secara ‘Video Conferencing” pada 19 Jun 2020.
“SUMBANGAN BANTUAN COVID-19 KEPADA PERSATUAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA (MALA) Majlis Bandaraya Seberang Perai telah memberikan sumbangan 5100 unit topeng muka dan wang tunai sebanyak RM2000 kepada Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA). Sumbangan ini akan diserahkan kepada ahli-ahli MALA untuk kegunaan wira pasukan barisan hadapan PBT dalam menjalankan tugas memerangi wabak Covid-19. Walaupun MBSP turut memerlukan peralatan ini, namun atas keprihatinan dan semangat kerjasama antara PBT, sumbangan ini diharapkan dapat meringankan beban dan membantu sesama PBT dalam menghadapi situasi yang sukar dan mencabar untuk menangani wabak ini.”
Amalan Terbaik PBT Dalam Menangani Covid-19
Sesi Video Conference antara YBhg. Dato Presiden MALA dengan AJK Eksekutif MALA telah berlangsung pada hari ini 3 April 2020 jam 2.00 petang. Sessi kali ke 2 ini membincangkan tindakan lanjut serta peranan MALA di dalam menangani isu Covid-19. Sewaktu sesi ini berlangsung, Presiden MALA turut membuat sumbangan kepada 3 buah PBT yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Perbandaran Kajang dan Majlis Daerah Simpang Renggam. Sumbangan berupa Wang Tunai dan “glove” telah diposkan kepada PBT- PBT tersebut hari ini. MALA juga telah menubuhkan Tabung Kebajikan Covid-19 bertujuan untyk membantu mana-mana PBT […]
“TELECONFERENCING” di antara YBhg Dato Presiden MALA dengan AJK Eksekutif MALA telah belangsung pada 31 Mac 2020 bertempat di Bilik Perdana MBPP, Komtar, Pulau Pinang bagi membincangkan Peranan MALA Dalam Menangani Isu Covid 19
PENANGGUHAN SESI SARINGAN FASA PENILAIAN PERTANDINGAN PIALA INOVASI MALA 2020 (PIALA INOVASI YB MENTERI KPKT)