Close

13/04/2020

TERIMA KASIH MBSP!

“SUMBANGAN BANTUAN COVID-19 KEPADA PERSATUAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA (MALA)

Majlis Bandaraya Seberang Perai telah memberikan sumbangan 5100 unit topeng muka dan wang tunai sebanyak RM2000 kepada Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA).

Sumbangan ini akan diserahkan kepada ahli-ahli MALA untuk kegunaan wira pasukan barisan hadapan PBT dalam menjalankan tugas memerangi wabak Covid-19.

Walaupun MBSP turut memerlukan peralatan ini, namun atas keprihatinan dan semangat kerjasama antara PBT, sumbangan ini diharapkan dapat meringankan beban dan membantu sesama PBT dalam menghadapi situasi yang sukar dan mencabar untuk menangani wabak ini.”

13/04/2020

PERTANDINGAN INOVASI MALA - PIALA YB MENTERI KPKT 2020