Close

03/04/2020

Sesi Video Conference antara YBhg. Dato Presiden MALA dengan AJK Eksekutif MALA

Sesi Video Conference antara YBhg. Dato Presiden MALA dengan AJK Eksekutif MALA telah berlangsung pada hari ini 3 April 2020 jam 2.00 petang. Sessi kali ke 2 ini membincangkan tindakan lanjut serta peranan MALA di dalam menangani isu Covid-19.
Sewaktu sesi ini berlangsung, Presiden MALA turut membuat sumbangan kepada 3 buah PBT yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Perbandaran Kajang dan Majlis Daerah Simpang Renggam.
Sumbangan berupa Wang Tunai dan “glove” telah diposkan kepada PBT- PBT tersebut hari ini.
MALA juga telah menubuhkan Tabung Kebajikan Covid-19 bertujuan untyk membantu mana-mana PBT yang memerlukan bantuan. Sumbangan ikhlas samada dalam bentuk wang tunai atau barangan keperluan seperti glove, face mask, sanitizer dan sebagainya adalah amat dialu-alukan.

03/04/2020

Pertandingan Piala Inovasi Menteri KPKT Anjuran MALA 2020