Close

10/07/2020

JEMPUTAN MENYERTAI WEBINAR: MENSTIMULASI EKONOMI TEMPATAN – PASCA COVID-19 (20.7.2020)


YBhg. Datuk / Dato’ / Tuan / Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. (Surat dilampirkan)


2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) dengan sokongan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menganjurkan sesi Webinar : Menstimulasi Ekonomi Tempatan – Pasca Covid-19 pada ketetapan berikut:-



Tarikh : 20 Julai 2020 (Isnin)

Masa : 2.30 petang – 4.30 petang

Saluran : Pautan (link) akan diemelkan selepas Pendaftaran (Webinar)



3. Webinar ini bertujuan untuk berkongsi amalan-amalan terbaik PBT dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) terutama dari segi langkah-langkah penjanaan semula ekonomi tempatan yang terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.



4. Sehubungan dengan itu, MALA dan KPKT amat berbesar hati menjemput Datuk Bandar / Yang Dipertua / Setiausaha Bandaraya / Setiausaha Perbandaran bersama empat (4) Ahli Majlis daripada setiap PBT untuk menyertai Webinar ini.



5. YBhg. Datuk / Dato’ / Tuan / Puan boleh membuat pengesahan penyertaan melalui linkhttps://bit.ly/WEBINARMALA. Tarikh tutup penyertaan pendaftaran ini adalah pada 15 Julai 2020 (Rabu). Pihak Urusetia akan memaklumkan kata laluan sesi Webinar tersebut melalui emel selewat-lewatnya pada 19 Julai 2020 (Ahad).



6. Bersama-sama ini dilampirkan Atur Cara Program dan Poster bagi program ini untuk perhatian YBhg. Datuk / Dato’ / Tuan / Puan sewajarnya.



7. Segala kerjasama dan perhatian daripada YBhg. Datuk / Dato’ / Tuan / Puan didahului dengan ucapan terima kasih.



Sekian.

BERPERSATUAN UNTUK KEKUATAN

FAZILLAH BINTI HUSSAIN
Setiausaha Eksekutif MALA
Majlis Bandaraya Pulau Pinang
Tel: 04 – 226 2953

URUSETIA MALA
Majlis Bandaraya Pulau Pinang
Tel: 04 – 259 2246

SURAT JEMPUTAN KPD SEMUA PBT

10/07/2020

PERTANDINGAN INOVASI MALA - PIALA YB MENTERI KPKT 2020