Close

Biro Perhubungan Antarabangsa

KUNJUNGAN TIDAK RASMI PRESIDEN MALA KE YDP MPKB-BRI

Kunjungan tidak rasmi YBhg. Dato’ Ar. Yew Tung Seang, Datuk Bandar MBPP merangkap Presiden MALA kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, YABrs. Y.M. Tuan Zainal Abidin Bin Tuan Yusuf pada 12 November 2018. Terima kasih diucapkan kepada YABrs.Tuan Zainal Abidin & En. Azizan Bin Mohamed yang telah sudi meluangkan masa untuk perjumpaan tersebut.

7TH UCLG ASPAC CONGRESS

MALA mengambil bahagian menyertai pameran sempena 7th UCLG ASPAC CONGRESS di Surabaya, Indonesia bermula pada 11 – 15 September 2018. MALA mempromosikan Sistem INNOCREATE yang dibangunkan bersama Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS). Selain itu hasil inovasi Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) iaitu ID SIGN juga dipamerkan. Seramai 2 orang Ahli Jawatankuasa  Eksekutif MALA mewakili Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) serta 5 orang petugas pameran mewakili Majlis Perbandran Kemaman (MPK) terlibat di booth pameran MALA sepanjang acara ini berlangsung. Acara ini turut disertai oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dari lebih 30 negara yang menjadi ahli gabungan […]