Close

Latest

TERIMA KASIH MBSP!

“SUMBANGAN BANTUAN COVID-19 KEPADA PERSATUAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA (MALA) Majlis Bandaraya Seberang Perai telah memberikan sumbangan 5100 unit topeng muka dan wang tunai sebanyak RM2000 kepada Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA). Sumbangan ini akan diserahkan kepada ahli-ahli MALA untuk kegunaan wira pasukan barisan hadapan PBT dalam menjalankan tugas memerangi wabak Covid-19. Walaupun MBSP turut memerlukan peralatan ini, namun atas keprihatinan dan semangat kerjasama antara PBT, sumbangan ini diharapkan dapat meringankan beban dan membantu sesama PBT dalam menghadapi situasi yang sukar dan mencabar untuk menangani wabak ini.”

Sesi Video Conference antara YBhg. Dato Presiden MALA dengan AJK Eksekutif MALA

Sesi Video Conference antara YBhg. Dato Presiden MALA dengan AJK Eksekutif MALA telah berlangsung pada hari ini 3 April 2020 jam 2.00 petang. Sessi kali ke 2 ini membincangkan tindakan lanjut serta peranan MALA di dalam menangani isu Covid-19. Sewaktu sesi ini berlangsung, Presiden MALA turut membuat sumbangan kepada 3 buah PBT yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Perbandaran Kajang dan Majlis Daerah Simpang Renggam. Sumbangan berupa Wang Tunai dan “glove” telah diposkan kepada PBT- PBT tersebut hari ini. MALA juga telah menubuhkan Tabung Kebajikan Covid-19 bertujuan untyk membantu mana-mana PBT […]

PENGUMUMAN

PENANGGUHAN MESYUARAT AGUNG(AGM) PERSATUAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA (MALA) KE-19 TAHUN 2020 Mengambilkira akan perkembangan terkini berhubung wabak COVID-19, Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) telah memutuskan supaya Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MALA pada 7.3.2020 (Sabtu) ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Segala kesulitan amatlah dikesali. Sekian, terima kasih. Presiden MALA  

PERINGATAN MESRA : PERTANDINGAN PIALA INOVASI MENTERI KPKT 2020

PERINGATAN MESRA : YBhg. Datuk / Dato’/ Tuan / Puan, Untuk makluman, tarikh tutup penyertaan Pertandingan Inovasi MALA 2020 adalah pada 28 Februari 2020, jam 12.00 tengah malam. Sehubungan dengan itu, dimohon YBhg. Datuk / Dato’/ Tuan / Puan untuk menghantar penyertaan sebelum atau pada tarikh tutup yang ditetapkan melalui link berikut: https://www.mala.com.my/pertandingan-inovasi-mala-2020-p…/…/ Diharap ambil perhatian bahawa penyertaan yang diterima SELEPAS tarikh tutup dan masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. Dimohon juga kerjasama YBhg. Datuk / Dato’/ Tuan / Puan dapat menghebahkan perkara ini kepada rakan PBT yang berdekatan untuk penyertaan yang lebih menyeluruh. Kerjasama dan perhatian Y.Bhg Datuk/Dato’/Tuan/Puan amatlah […]

Pertandingan Piala Inovasi Menteri KPKT Anjuran MALA 2020