Close

21/07/2020

SESI WEBINAR MALA : MENSTIMULASI EKONOMI TEMPATAN – PASCA COVID-19

SESI WEBINAR MALA : MENSTIMULASI EKONOMI TEMPATAN – PASCA COVID-19

Program WEBINAR yang julung-julung kali diadakan ini telah menarik minat hampir 1023 peserta. Peserta-peserta adalah terdiri dari pelbagai PBT seluruh Malaysia dan dilayari secara maya.

Sesi WEBINAR ini dimulakan dengan ucaptama oleh YBhg. Datuk Zainal Abidin Bin Abu Hasan, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Barisan panelis terdiri daripada 3 kategori PBT iaitu Majlis Daerah, Majlis Perbandaran dan Majlis/Dewan Bandaraya serta panelis dari Secretary General United Cities and Local Goventments Asia Pacifics (UCLG ASPAC).

Webinar ini turut diserikan dengan penampilan istimewa oleh YBhg. Dato’ Seri Maimunah Bt Mohd Shariff yang merupakan Under-Secretary-General and Executive Director United Nations Human Settlements Programme (UN-Habitat).

MALA dengan ini mengucapkan ribuan terima kasih di atas penglibatan semua pihak yang menjayakan Webinar ini.

Berikut gambar-gambar sorotan sekitar program ini berlangsung.

 

 

 

21/07/2020

PERTANDINGAN INOVASI MALA - PIALA YB MENTERI KPKT 2020