Close

Yuran Keahlian

Yuran yang dikutip adalah merupakan penggerak kepada semua aktiviti MALA. Usaha sedang dilaksanakan untuk memohon peruntukan atau geran daripada pihak Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) supaya MALA mempunyai sumber kewangan yang lebih kukuh.

  • Bayaran masuk keahlian (Yuran Keahlian) bagi tiap-tiap ahli hendaklah dijelaskan dalam tempoh tiga (3) bulan setelah disahkan pendaftarannya menjadi Ahli MALA.
  • Yuran Tahunan hendaklah dijelaskan terlebih dahulu tanpa notis pada atau sebelum diadakan Mesyuarat Agung Tahunan MALA pada setiap tahun.

Pembayaran yuran kemasukan dan yuran tahunan adalah seperti di Jadual di bawah:-

JENIS PBT BAYARAN MASUK [RM] YURAN TAHUNAN [RM]
DEWAN / MAJLIS BANDARAYA 1,000.00 5,000.00
MAJLIS PERBANDARAN 1,000.00 3,000.00
MAJLIS DAERAH 1,000.00 1,000.00
AHLI GABUNGAN 1,000.00 1,000.00

Bayaran yuran boleh dibuat melalui cek / bank deraf / kiriman wang / wang pos atas nama PERSATUAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA dan dialamatkan kepada:-

ENCIK MUHAMMAD NORSHAZWAN
Bendahari MALA
Merangkap Akauntan
Majlis Bandaraya Pulau Pinang
Tingkat 4, KOMTAR, 10675 PULAU PINANG

NO. TEL: 04-2592139
EMEL: norshazwan@mbpp.gov.my

Bayaran boleh juga dimasukkan terus ke Akaun MAYBANK: 562106105956 atas nama PERSATUAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA. Salinan resit transaksi hendaklah dikemukakan kepada Urusetia MALA untuk tindakan selanjutnya.