Close

Monthly Archives: July 2019

TAHNIAH AHLI-AHLI MALA (SUKANUN ke-11 2019)

Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA), ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ahli-Ahli MALA iaitu Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Shah ALAM (MBSA), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) kerana telah mengungguli Carta Pungutan Mata Karnival Sukan Berkanun (SUKANUN) 2019. Karnival Sukan Badan Berkanun (SUKANUN) kali ke-11 2019 yang disertai lebih 5,000 atlet dan pegawai, membabitkan 63 agensi kerajaan menganggotai Persatuan Badan Berkanun Malaysia (PBBM) kini sedang berlangsung mulai 19-26 Julai 2019. Pelbagai acara telah dipertandingkan seperti bola sepak sembilan sepasukan (terbuka), bola sepak 9 sepasukan (veteran), bola jaring, badminton […]

Terima Kasih MBI.

Terima kasih Majlis Bandaraya Ipoh ( MBI) di atas kesudian menyediakan Bilik Mesyuarat utk perbincangan Smart Mobility Services di antara PLUS Malaysia Bhd dengan Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Sewaktu kunjungan ke Majlis Bandaraya Ipoh, YBhg Dato’ Presiden Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) telah diberi peluang melawat Konti Radio Majlis Bandaraya Ipoh dan diwawancara secara langsung di konti tersebut. YBhg Dato Presiden amat berbangga dengan pencapaian Radio MB Ipoh dan mengucapkan Terima Kasih di atas kesempatan yg diberikan.