Close

Monthly Archives: July 2018

Larian Obor APMG 2018 – Johor

  LARIAN OBOR APMG 2018 DI NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM 30 Julai 2018 Bersempena kejohanan Asia Pacific Masters Games 2018 (APMG 2018) yang akan berlangsung pada 7-15 September 2018 di Pulau Pinang, Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) menganjurkan program Larian Obor APMG 2018 di seluruh Malaysia dan negeri Johor telah menjadi lokasi seterusnya dari 28 Julai hingga 5 Ogos 2018. Obor mula bergerak dari Pejabat Pihak Berkuasa Tempatan Pengerang ke Simpang 4 bagi penyerahan obor kepada Majlis Bandaraya Johor Baharu. Seterusnya obor berarak Country Garden, Jeti Country Garden dan Puteri Harbour. Image already added

LARIAN OBOR APMG 2018 DI JOHOR

LARIAN OBOR APMG 2018 DI NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM 29 Julai 2018 Bersempena kejohanan Asia Pacific Masters Games 2018 (APMG 2018) yang akan berlangsung pada 7-15 September 2018 di Pulau Pinang, Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) menganjurkan program Larian Obor APMG 2018 di seluruh Malaysia dan negeri Johor telah menjadi lokasi seterusnya dari 28 Julai hingga 5 Ogos 2018. Obor APMG telah dibawa berarak ke sekitar dari Kota Tinggi bermula dari IPD Kota Tinggi, Felda Air Tawar 2, Muzium Johor Lama, Taman Buaya, Desaru Fruit Farm, Muzium Nelayan Tanjung Balau, Pejabat PBT Pengerang dan Riverside Desaru Coast. Larian Obor […]

Kejohanan Tenpin Boling Sukan MALA 2018

Kejohanan Tenpin Boling Sukan Kerajaan Tempatan Malaysia Tahun 2018 Anjuran Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) Bersama Majlis Bandaraya Miri Sarawak. Tarikh : 5 – 7 Julai 2018 Tempat :Megalanes East Miri, 3RD Floor, Bintang Megamall Complex, Miri Sarawak Penyertaan : 60 pasukan melibatkan 29 PBT seluruh Malaysia. Keputusan penuh di pautan ini – TENPIN BOWLING SUKAN MALA 2018 – OVERALL

Larian Obor APMG 2018 – Terengganu

Pertemuan dua negeri – Kelantan dan Terengganu. Larian Obor di Kelatan telah selesai dan Obor APMG Penang 2018 telah selamat diserahkan oleh Majlis Daerah Pasir Puteh kepada Majlis Daerah Besut. “Kerana Sukan, Kita Bersatu.”

Larian Obor APMG 2018 – Kelantan

Larian Obor APMG diadakan adalah untuk menonjolkan keindahan di Malaysia. Sebanyak 57 negara akan mengambil bahagian dalam acara Asia Pacific Masters Games yang bakal diadakan di Pulau Pinang pada 7-15 September, 2018 dan diharapkan para atlet yang mengambil bahagian dalam acara sukan APMG juga akan berpeluang bersiar-siar di destinasi pelancongan di Malaysia.

WORLD CITIES SUMMIT

Presiden MALA, Datuk Bandar Ar. Yew Tung Seang telah menyertai World Cities Summit di Singapura dari 8-12 Julai, 2018. Semasa di Singapura, Datuk Bandar Ar. Yew menghadiri Forum WCS bersama Mayor-Mayor dari negara-negara antarabangsa yang turut serta dalam forum ini. Tema forum kali ini adalah “Liveable and Sustainable Cities: Embracing the Future through Innovation and Collaboration”. Datuk Bandar Ar. Yew sempat bertukar pandangan dengan beberapa Mayor yang lain seperti dari Bhutan iaitu Kinlay Dorjee, Mayor dari Chile, German Codina Powers dan lain-lain lagi dalam sesi pembentangan ‘Rountable’.

Larian Obor APMG 2018 – Kelantan

Larian Obor APMG 2018 kini tiba di negeri Kelantan. Obor di bawa dari Negeri Kedah, merentasi Banjaran Titwangsa ke Jeli, Kelantan. Sambutan cukup meriah di sepanjang perjalanan dari Jeli – Ayer Lanas – Tanah Merah dan Pasir Mas. Bendera MALA dan APMG berkibar dengan megah. Kerana Sukan, Kita Bersatu. Larian Obor APMG anjuran Malaysian Association of Local Authorities (MALA) telah berjaya mendekatkan Pihak Berkuasa Tempatan dengan komuniti setempat di setiap negeri di Malaysia. Dari gambar-gambar dan video-video yang dirakamkan, ternyata sambutan di Kelatan memang hebat. Dikir Barat, Gendang, Larian dan pelbagai persembahan unik diaturkan untuk menyambut maskot CUN dan Obor […]

Malcare WordPress Security