Close

Monthly Archives: April 2020

TERIMA KASIH MBSP!

“SUMBANGAN BANTUAN COVID-19 KEPADA PERSATUAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA (MALA) Majlis Bandaraya Seberang Perai telah memberikan sumbangan 5100 unit topeng muka dan wang tunai sebanyak RM2000 kepada Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA). Sumbangan ini akan diserahkan kepada ahli-ahli MALA untuk kegunaan wira pasukan barisan hadapan PBT dalam menjalankan tugas memerangi wabak Covid-19. Walaupun MBSP turut memerlukan peralatan ini, namun atas keprihatinan dan semangat kerjasama antara PBT, sumbangan ini diharapkan dapat meringankan beban dan membantu sesama PBT dalam menghadapi situasi yang sukar dan mencabar untuk menangani wabak ini.”

Sesi Video Conference antara YBhg. Dato Presiden MALA dengan AJK Eksekutif MALA

Sesi Video Conference antara YBhg. Dato Presiden MALA dengan AJK Eksekutif MALA telah berlangsung pada hari ini 3 April 2020 jam 2.00 petang. Sessi kali ke 2 ini membincangkan tindakan lanjut serta peranan MALA di dalam menangani isu Covid-19. Sewaktu sesi ini berlangsung, Presiden MALA turut membuat sumbangan kepada 3 buah PBT yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Perbandaran Kajang dan Majlis Daerah Simpang Renggam. Sumbangan berupa Wang Tunai dan “glove” telah diposkan kepada PBT- PBT tersebut hari ini. MALA juga telah menubuhkan Tabung Kebajikan Covid-19 bertujuan untyk membantu mana-mana PBT […]

Pertandingan Piala Inovasi Menteri KPKT Anjuran MALA 2020