Close

Biro Sukan Dan Rekreasi

SELAMAT DATANG MPSJ KE MBPP

PROGRAM RIADAH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA BERSAMA MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG Program Riadah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Bersama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diadakan pada hari ini 29hb Disember 2018. Antara aktiviti yang dijalankan adalah program berbasikal mengelilingi Kawasan Pulau oleh MPSJ bersama MBPP pada waktu pagi dan acara bolasepak persahabatan yang dilangsungkan pada sebelah petang di Stadium Bandaraya. Diharapkan acara seperti ini akan mengeratkan lagi hubungan silaturahim diantara semua PBT di Malaysia. #MALA

PERTANDINGAN FUTSAL PBT TEMPATAN ZON SELATAN.

PERTANDINGAN FUTSAL PIHAK BERKUASA TEMPATAN ZON SELATAN (JOHOR , MELAKA , NEGERI SEMBILAN) JOHAN : RM2000.00 NAIB JOHAN : RM1000.00 KETIGA : RM500.00 KEEMPAT :RM500.00 Tarikh: 30 November – 2 Disember 2018 Masa :8.30 pagi Tempat: Gelanggang Galaxy Futsal, Jalan Junid, Muar Johor. Yuran : RM200.00 Tarikh Tutup 26 November 2018 Maklumat lanjut sila hubungi En. Abdul Karim 012-9761102 @ En. Muhd Farhan 013-7659192

Sukan Kerajaan Tempatan Malaysia(SKTM) 2018 di MPKB-BRI

Satu Taklimat kepada Pengurus Pasukan Kejohanan Badminton, Sukan Kerajaan Tempatan Malaysia (SKTM) 2018 sedang berlangsung di bilik Mesyuarat Dewan Bunga Raya, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam. (MPKB-BRI) Untuk makluman, Kejohanan Badminton ini akan berlangsung pada 15 dan 16 November 2018 di Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Kelantan.

JEMPUTAN KE PERTANDINGAN GOLF SEMPENA ULANG TAHUN KE-80 T.Y.T YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG 2018 DI CHIANG MAI, THAILAND KEPADA SEMUA AHLI PERSATUAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA (MALA)

JEMPUTAN KE PERTANDINGAN GOLF SEMPENA ULANG TAHUN KE-80 T.Y.T YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG 2018 DI CHIANG MAI, THAILAND KEPADA SEMUA AHLI PERSATUAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA (MALA). Tarikh : 8 Disember 2018 (Sabtu) Masa : 7:00 pagi Tempat : Gassan Khuntan Golf Resort Dan ; Tarikh : 9 Disember 2018 (Ahad) Masa : 7:00 Pagi Tempat : Chiang Mai Highlands Golf Cours Bersama-sama ini disertakan borang penyertaan yang lengkap termasuk pilihan pakej yang diingini untuk perhatian YBhg. Dato’ / Tuan / Puan. JEMPUTAN KEPADA AHLI MALA UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN GOLF SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-80 TYT PULAU PINANG BORANG […]

PERTANDINGAN INOVASI MALA - PIALA YB MENTERI KPKT 2020