Close

25/07/2019

TAHNIAH AHLI-AHLI MALA (SUKANUN ke-11 2019)

Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA), ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ahli-Ahli MALA iaitu Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Shah ALAM (MBSA), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) kerana telah mengungguli Carta Pungutan Mata Karnival Sukan Berkanun (SUKANUN) 2019.

Karnival Sukan Badan Berkanun (SUKANUN) kali ke-11 2019 yang disertai lebih 5,000 atlet dan pegawai, membabitkan 63 agensi kerajaan menganggotai Persatuan Badan Berkanun Malaysia (PBBM) kini sedang berlangsung mulai 19-26 Julai 2019.

Pelbagai acara telah dipertandingkan seperti bola sepak sembilan sepasukan (terbuka), bola sepak 9 sepasukan (veteran), bola jaring, badminton berpasukan, tenis berpasukan, golf berpasukan, catur berpasukan, bola tampar lelaki dan wanita, tenpin boling berpasukan lelaki dan wanita, futsal lelaki dan wanita, sepak takraw antara regu, boling padang lelaki dan wanita, dart berpasukan, ping-pong berpasukan, karom berpasukan, petanque terbuka, hoki sembilan sepasukan, tarik tali dan olahraga.

Syabas dan Tahniah semua!

25/07/2019

PERTANDINGAN INOVASI MALA - PIALA YB MENTERI KPKT 2020