Close

30/07/2018

LARIAN OBOR APMG 2018 DI JOHOR

LARIAN OBOR APMG 2018 DI NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM

29 Julai 2018

Bersempena kejohanan Asia Pacific Masters Games 2018 (APMG 2018) yang akan berlangsung pada 7-15 September 2018 di Pulau Pinang, Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) menganjurkan program Larian Obor APMG 2018 di seluruh Malaysia dan negeri Johor telah menjadi lokasi seterusnya dari 28 Julai hingga 5 Ogos 2018.

Obor APMG telah dibawa berarak ke sekitar dari Kota Tinggi bermula dari IPD Kota Tinggi, Felda Air Tawar 2, Muzium Johor Lama, Taman Buaya, Desaru Fruit Farm, Muzium Nelayan Tanjung Balau, Pejabat PBT Pengerang dan Riverside Desaru Coast. Larian Obor APMG 2018 akan bersambung pada 30 Julai 2018.

30/07/2018

PERTANDINGAN INOVASI MALA - PIALA YB MENTERI KPKT 2020