Close

09/07/2018

Larian Obor APMG 2018 – Kelantan

Larian Obor APMG 2018 kini tiba di negeri Kelantan. Obor di bawa dari Negeri Kedah, merentasi Banjaran Titwangsa ke Jeli, Kelantan. Sambutan cukup meriah di sepanjang perjalanan dari Jeli – Ayer Lanas – Tanah Merah dan Pasir Mas.

Bendera MALA dan APMG berkibar dengan megah. Kerana Sukan, Kita Bersatu. Larian Obor APMG anjuran Malaysian Association of Local Authorities (MALA) telah berjaya mendekatkan Pihak Berkuasa Tempatan dengan komuniti setempat di setiap negeri di Malaysia.

Dari gambar-gambar dan video-video yang dirakamkan, ternyata sambutan di Kelatan memang hebat. Dikir Barat, Gendang, Larian dan pelbagai persembahan unik diaturkan untuk menyambut maskot CUN dan Obor APMG 2018. CUN begitu gembira dapat menikmati keindahan tasik di Royal Belum.

Salah satu dari tujuan Larian Obor APMG diadakan adalah untuk menonjolkan keindahan di Malaysia. Sebanyak 57 negara akan mengambil bahagian dalam acara Asia Pacific Masters Games yang bakal diadakan di Pulau Pinang pada 7-15 September, 2018 dan diharapkan para atlet yang mengambil bahagian dalam acara sukan APMG juga akan berpeluang bersiar-siar di destinasi pelancongan di Malaysia.

09/07/2018