Larian Bendang anjuran Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) pada 10 November 2018, Jam 6.00 pagi hingga 11.00 pagi, bertempat di Stadium Sungai Besar. Hadiah keseluruhan bernilai RM 13,000 ++ menanti anda!!! untuk maklumat lanjut sila hubungi: 0173057978 En. Zack 0176180589 En. Faizal
MAJLIS PERASMIAN ASIA PACIFIC MASTERS GAMES 2018 8 SEPTEMBER 2018 6.00 PETANG STADIUM BANDARAYA PULAU PINANG SEMUA DIJEMPUT HADIR *MASUK ADALAH PERCUMA*
LARIAN OBOR APMG 2018 DI NEGERI MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH 6 OGOS 2018 Bersempena kejohanan Asia Pacific Masters Games 2018 (APMG 2018) yang akan berlangsung pada 7-15 September 2018 di Pulau Pinang, Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) menganjurkan program Larian Obor APMG 2018 di seluruh Malaysia dan negeri Melaka telah menjadi lokasi seterusnya dari 6 hingga 9 Ogos 2018. Larian Obor APMG 2018 telah bermula dari Majlis Perbandaran Jasin yang diketuai oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin, Haji Mustaffa Bin Ali. Obor kemudiannya diarak sehingga ke Melaka Mall dan diserahkan kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Puan […]
LARIAN OBOR APMG 2018 DI NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM 5 Ogos 2018 Obor APMG 2018 telah diarak dari Tangga Agong, Pejabat Daerah Muar oleh YDP Majlis Perbandaran Muar, Tuan Haji Mustaffa Kamal bin Haji Shamsudin hingga ke Bangunan Perindustrian ST Micro Electronic, Tanjung Agas, Tangkak disambut baik oleh Ketua Polis Daerah Tangkak iaitu YDH Superintenden Tuan Mohad Idris bin Samsuri. Seterusnya Obor APMG 2018 berarak bersama atlet berbasikal daerah Tangkak hingga ke kawasan Rekreasi, Kesang, Tangkak dan di sambut oleh YDP Majlis Perbandaran Jasin, Tuan Haji Mustaffa bin Ali. Seterusnya Obor AMPG 2018 diarak memasuki sempadan diantara Negeri Johor dan […]
LARIAN OBOR APMG 2018 DI NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM 3 Ogos 2018 Penyerahan Obor APMG 2018 diserahkan oleh Ketua Polis Daerah Batu Pahat, YDH ACP Abdul Wahab Bin Musa kepada wakil rasmi Pegawai Daerah Batu Pahat, Tuan Haji Abu Bakar b Mohd Salleh. Seterusnya diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Negeri Johor, YB Encik Khuzzan bin Abu Bakar bagi pelepasan Obor APMG 2018 yang akan diarak bersama konvoi berbasikal oleh YDP Majlis Perbandaran Batu Pahat, Tuan Haji Shafiei bin Ahamad dan Ahli Parlimen Batu Pahat, YB Datoβ Haji Mohd Rashid bin Hasnon. Seterusnya Obor APMG 2018 diarak oleh […]