Close

06/08/2018

Larian Obor APMG 2018 Johor (5.8.2018)

LARIAN OBOR APMG 2018 DI NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM

5 Ogos 2018

Obor APMG 2018 telah diarak dari Tangga Agong, Pejabat Daerah Muar oleh YDP Majlis Perbandaran Muar, Tuan Haji Mustaffa Kamal bin Haji Shamsudin hingga ke Bangunan Perindustrian ST Micro Electronic, Tanjung Agas, Tangkak disambut baik oleh Ketua Polis Daerah Tangkak iaitu YDH Superintenden Tuan Mohad Idris bin Samsuri. Seterusnya Obor APMG 2018 berarak bersama atlet berbasikal daerah Tangkak hingga ke kawasan Rekreasi, Kesang, Tangkak dan di sambut oleh YDP Majlis Perbandaran Jasin, Tuan Haji Mustaffa bin Ali.

Seterusnya Obor AMPG 2018 diarak memasuki sempadan diantara Negeri Johor dan Melaka dan diserahkan kepada Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Negeri Melaka, YB Encik Tey Kok Kiew. Kini Larian Obor APMG 2018 akan dibawa berarak ke seluruh negeri Melaka, Melaka Bandaraya Bersejarah.

Larian Obor APMG 2018 ini akan mencatat sejarahnya yang tersendiri kerana buat pertama kalinya, Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) dari semua negeri di Malaysia akan berganding bahu untuk menyemarakkan semangat perpaduan dan kesukanan bagi kejohanan Asia Pacific Masters Games 2018 (APMG 2018) yang akan berlangsung pada 7-15 September 2018 di Pulau Pinang.

06/08/2018