Close

03/08/2018

LARIAN OBOR APMG 2018 DI NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM

LARIAN OBOR APMG 2018 DI NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM

3 Ogos 2018

Penyerahan Obor APMG 2018 diserahkan oleh Ketua Polis Daerah Batu Pahat, YDH ACP Abdul Wahab Bin Musa kepada wakil rasmi Pegawai Daerah Batu Pahat, Tuan Haji Abu Bakar b Mohd Salleh. Seterusnya diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Negeri Johor, YB Encik Khuzzan bin Abu Bakar bagi pelepasan Obor APMG 2018 yang akan diarak bersama konvoi berbasikal oleh YDP Majlis Perbandaran Batu Pahat, Tuan Haji Shafiei bin Ahamad dan Ahli Parlimen Batu Pahat, YB Dato’ Haji Mohd Rashid bin Hasnon.

Seterusnya Obor APMG 2018 diarak oleh Setiausaha Majlis Perbandaran Batu Pahat, YB Encik Muhammad Helmi bin Ya’kub bersama konvoi Persatuan Vespa hingga Dewan Sarang Buaya, Muar. Obor APMG 2018 terus diarak bersama motosikal berkuasa tinggi sehingga ke Dataran Tanjung Emas, Muar.

Larian Obor APMG 2018 ini akan mencatat sejarahnya yang tersendiri kerana buat pertama kalinya, Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) dari semua negeri di Malaysia akan berganding bahu untuk menyemarakkan semangat perpaduan dan kesukanan bagi kejohanan Asia Pacific Masters Games 2018 (APMG 2018) yang akan berlangsung pada 7-15 September 2018 di Pulau Pinang.

03/08/2018