Close

Kunjungan Hormat

KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA (MALA) KE ATAS YB MENTERI KPKT 2025

KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA (MALA) KE ATAS YB MENTERI KPKT 24 JUN 2025, PUTRAJAYA – YBhg Dato’ Hj Abd. Hamid bin Hussain, Presiden MALA bersama – sama barisan Jawatankuasa Eksekutif MALA telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Kunjungan ini membincangkan hala tuju MALA sepanjang tahun 2025 dan beberapa perkara yang dibangkitkan oleh Ahli semasa Mesyuarat Agung yang lalu. Selain itu juga YB Menteri turut menyatakan hasrat, pandangan serta tindakan yang harus dilakukan bersama oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia.Semoga kunjungan ini dapat memperkukuhkan sinergi antara […]

PERBINCANGAN BERSAMA AGENSI-AGENSI BERKEPENTINGAN BERKENAAN DENGAN PROGRAM KAYUHAN WEST COAST EXPRESSWAY RIDE 2022 (WCE RIDE 2022) ANJURAN PERSATUAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA (MALA)

PERBINCANGAN BERSAMA AGENSI-AGENSI BERKEPENTINGAN BERKENAAN DENGAN PROGRAM KAYUHAN WEST COAST EXPRESSWAY RIDE 2022 (WCE RIDE 2022) ANJURAN PERSATUAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA (MALA) Pihak Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) amat berbesar hati untuk berjumpa dengan Puan Azleen binti Jaludin, Pengarah Wilayah Utara Lembaga Lebuhraya Malaysia, Encik Lyndon Alfred Felix, Ketua Pegawai Eksekutif WCE Holdings Bhd, Mej (B) Ir. Gnanasekaran Mariasoosay, Pengurus Besar West Coast Expressway Sdn Bhd dan pada petang ini (13 Mei 2022). YBhg. Dato’ Ar. Yew T g Seang, selaku presiden Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) turut berkesempatan mengadakan perbincangan dengan agensi-agensi berkepentingan tersebut berkenaan dengan […]

KUNJUNGAN HORMAT MALA KE KPKT 13 MEI 2019

Kunjungan Hormat oleh Dato’ Presiden dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif MALA ke pejabat YB Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, YB. Hajjah Zuraida binti Kamaruddin pada 13 Mei 2019 (Isnin) jam 10.00 pagi bertempat di Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Putrajaya. Deligasi MALA ini turut disambut oleh Ketua Pengarah, Jabatan Kerajaan Tempatan, Dato’ Noor-Ihsan Bin Haji Che Mat. Tujuan Kunjungan Hormat ini adalah untuk memperkenalkan MALA kpd YB Menteri dan seterusnya menerangkan halatuju MALA serta menyampaikan hasrat MALA untuk bekerjasama dgn KPKT dlm hal ehwal PBT. Semasa kunjungan ini juga, YB Menteri telah menyatakan hasrat dan harapan beliau terhadap MALA di mana […]

KUNJUNGAN TIDAK RASMI PRESIDEN MALA KE YDP MPKB-BRI

Kunjungan tidak rasmi YBhg. Dato’ Ar. Yew Tung Seang, Datuk Bandar MBPP merangkap Presiden MALA kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, YABrs. Y.M. Tuan Zainal Abidin Bin Tuan Yusuf pada 12 November 2018. Terima kasih diucapkan kepada YABrs.Tuan Zainal Abidin & En. Azizan Bin Mohamed yang telah sudi meluangkan masa untuk perjumpaan tersebut.