Close

13/05/2019

KUNJUNGAN HORMAT MALA KE KPKT 13 MEI 2019

Kunjungan Hormat oleh Dato’ Presiden dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif MALA ke pejabat YB Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, YB. Hajjah Zuraida binti Kamaruddin pada 13 Mei 2019 (Isnin) jam 10.00 pagi bertempat di Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Putrajaya. Deligasi MALA ini turut disambut oleh Ketua Pengarah, Jabatan Kerajaan Tempatan, Dato’ Noor-Ihsan Bin Haji Che Mat.

Tujuan Kunjungan Hormat ini adalah untuk memperkenalkan MALA kpd YB Menteri dan seterusnya menerangkan halatuju MALA serta menyampaikan hasrat MALA untuk bekerjasama dgn KPKT dlm hal ehwal PBT. Semasa kunjungan ini juga, YB Menteri telah menyatakan hasrat dan harapan beliau terhadap MALA di mana beliau berharap MALA akan terus mengorak langkah lebih jauh ke persada antara bangsa dengan penganjuran program-program bertaraf global.

13/05/2019