Close

Aktiviti Terkini

SUKAN KERAJAAN TEMPATAN MALAYSIA 2019(MELAKA)

Salam Melaka Berwibawa, Hijau Pintar Bersih, Sejahterakan Bandarayaku. Untuk makluman YBhg Datuk/Tuan, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah Bersama Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) akan menganjurkan 6 sukan mulai 6 – 8 Sept 2019. Antara sukan yang dipertandingkan adalah :- 1. Bola sepak 9 Sebelah 2. Badminton 3. Boling 4. Bola Jaring 5. Hoki 7 Sebelah 6. Dart *Pendaftaran adalah secara online di link* http://bit.ly/daftarmbmb *Bayaran* Ahli MALA : RM300.00 Bukan Ahli MALA : RM500 Untuk pertanyaan lanjut pihak YBhg Datuk/Tuan boleh menghubungi urusetia mengikut kategori sukan yang dipertandingkan Fahmi www.wasap.my/60136257922/bola9sebelah Shamsul www.wasap.my/60168167546/bola9sebelah Faizal www.wasap.my/60172411355/netball Salbiah www.wasap.my/60196315338/netball Bahirah www.wasap.my/60122608754/netball Mirandy www.wasap.my/60196276710/hoki […]

TAHNIAH AHLI-AHLI MALA (SUKANUN ke-11 2019)

Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA), ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ahli-Ahli MALA iaitu Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Shah ALAM (MBSA), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) kerana telah mengungguli Carta Pungutan Mata Karnival Sukan Berkanun (SUKANUN) 2019. Karnival Sukan Badan Berkanun (SUKANUN) kali ke-11 2019 yang disertai lebih 5,000 atlet dan pegawai, membabitkan 63 agensi kerajaan menganggotai Persatuan Badan Berkanun Malaysia (PBBM) kini sedang berlangsung mulai 19-26 Julai 2019. Pelbagai acara telah dipertandingkan seperti bola sepak sembilan sepasukan (terbuka), bola sepak 9 sepasukan (veteran), bola jaring, badminton […]

Terima Kasih MBI.

Terima kasih Majlis Bandaraya Ipoh ( MBI) di atas kesudian menyediakan Bilik Mesyuarat utk perbincangan Smart Mobility Services di antara PLUS Malaysia Bhd dengan Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Sewaktu kunjungan ke Majlis Bandaraya Ipoh, YBhg Dato’ Presiden Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) telah diberi peluang melawat Konti Radio Majlis Bandaraya Ipoh dan diwawancara secara langsung di konti tersebut. YBhg Dato Presiden amat berbangga dengan pencapaian Radio MB Ipoh dan mengucapkan Terima Kasih di atas kesempatan yg diberikan.