PERBINCANGAN BERSAMA AGENSI-AGENSI BERKEPENTINGAN BERKENAAN DENGAN PROGRAM KAYUHAN WEST COAST EXPRESSWAY RIDE 2022 (WCE RIDE 2022) ANJURAN PERSATUAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA (MALA)

PERBINCANGAN BERSAMA AGENSI-AGENSI BERKEPENTINGAN BERKENAAN DENGAN PROGRAM KAYUHAN WEST COAST EXPRESSWAY RIDE 2022 (WCE RIDE 2022) ANJURAN PERSATUAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA (MALA)
Pihak Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) amat berbesar hati untuk berjumpa dengan Puan Azleen binti Jaludin, Pengarah Wilayah Utara Lembaga Lebuhraya Malaysia, Encik Lyndon Alfred Felix, Ketua Pegawai Eksekutif WCE Holdings Bhd, Mej (B) Ir. Gnanasekaran Mariasoosay, Pengurus Besar West Coast Expressway Sdn Bhd dan pada petang ini (13 Mei 2022).
YBhg. Datoβ Ar. Yew T g Seang, selaku presiden Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) turut berkesempatan mengadakan perbincangan dengan agensi-agensi berkepentingan tersebut berkenaan dengan program kayuhan MALA-WCE Ride 2022 yang bakal dianjurkan pada 19 Jun 2022. Turut hadir Encik Hisham bin Ibrahim, Penolong Pegawai Penguatkuasa Majlis Perbandaran Manjung.
Program kayuhan ini yang akan melibatkan kesemua Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia dianjurkan oleh Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA), dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan West Coast Expressway (WCE) Sdn Bhd.
Untuk rakyat Malaysia yang berminat untuk menerima cabaran kayuhan sejauh 93km sambil menghayati suasana dan permandangan di West Coast Expressway, jangan lepaskan peluang keemasan menyertai program ini.
Penyertaan hanya terhad kepada 1,000 orang peserta sahaja. Tekan link https://howei.com/event_details/malawceride2022 untuk pendaftaran segera! Penyertaan dibuka secara siapa cepat dia yang dapat (first-come-first-serve basis).
Terdapat juga hadiah-hadiah cabutan bertuah yang menarik menanti anda!







