Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) bilangan 4/2022
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) bilangan 4/2022 telah diadakan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada hari ini (23/9/2022) Membincangkan Program-program MALA:
-Penutup Karnival Sukan MALA 2022 yang bakal dilangsungkan pada hujung Oktober bertempat di MBJB, MBIP dan MBPG
-Pertandingan Inovasi MALA2.0: Piala YB Menteri KPKT 2022/2023,
-Program Mentor Mentee di kalangan PBT dan sebagainya.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Presiden MALA, YBhg. Dato’ Ar. Yew Tung Seang merangkap Datuk Bandar MBPP dan turut dihadiri bersama Datuk Seri Hj. Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur serta barisan AJK Eksekutif MALA dari seluruh negeri.
Turut dibincangkan Kesiap-siagaan seluruh PBT Malaysia untuk hadapi bencana alam seperti banjir dan penyaluran bantuan melalui Biro Kebajikan MALA kepada PBT yang terjejas akibat banjir.
#BerpersatuanUntukKekuatan
#PialaInovasiYBMenteriKPKT
#PenutupKarnivalSukanMala