MALA – PBT SABAH PADA 7 OKTOBER 2022
𝗕𝗘𝗥𝗣𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗞𝗘𝗞𝗨𝗔𝗧𝗔𝗡
Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) telah mengadakan sesi taklimat kepada Pihak Berkuasa Tempatan Sabah pada 7 Oktober 2022 (Jumaat) bertempat di Pejabat Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP), Kota Kinabalu, Sabah.
Presiden MALA, YBhg. Dato’ Ar. Yew Tung Seang telah menyampaikan penerangan berhubung Fungsi, Peranan dan Halatuju kepada semua PBT di Sabah.
MALA sebagai platform dapat menghubungkan antara PBT bagi membincangkan pengurusan dan perancangan perbandaran. Kemampanan dan penerapan Sustainable Development Goal (SDG) di peringkat tempatan boleh dicapai dengan perkongsian antara PBT dari seluruh Malaysia.
𝙋𝙧𝙤𝙜𝙧𝙖𝙢 𝙈𝙚𝙣𝙩𝙤𝙧-𝙈𝙚𝙣𝙩𝙚𝙚 telah dipertengahkan kepada pihak Sabah sebagai platform kerjasama antara PBT.
MALA mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah kerana mengaturkan perjumpaan ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada AJK Eksekutif yang telah bersama-sama menjayakan program kali ini.