Close

02/12/2018

Majlis Penutup Kejohanan Sukan Kerajaan Tempatan Malaysia (SKTM) 2018

Majlis Penutup Kejohanan Sukan Kerajaan Tempatan Malaysia (KSKTM) 2018 bertempat di Golf and Country Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Ucapan Perasmian Penutup Sukan Kerajaan Tempatan Malaysia 2018 (SKTM) telah dirasmikan oleh oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan,Tuan Aminuddin Harun dan disaksikan oleh YBhg. Dato’ Ar. Yew Tung Seang Presiden Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA), Mohammad Ridzwan Abidin Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Pembangunan) Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Tuan Mohd Zamri bin Mohd Esa Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson

Untuk makluman, Johan bagi pertandingan DART SKTM 2018 telah disandang oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI),Naib Johan Majlis Bandaraya Pertaling Jaya (MBPJ) dan tempat Ketiga Majlis Perbandaran Bentong (MPB).

Dalam perkembangan lain,Majlis Bandaraya Pertaling Jaya (MBPJ) telah dinobatkan Johan Keseluruhan bagi Sukan Kerajaan Tempatan Malaysia (SKTM) 2018 diikuti Naib Johan Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan tempat ketiga Majlis Bandaraya Ipoh(MBI)

Majlis Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun dan disaksikan oleh YBhg. Dato’ Ar. Yew Tung Seang Presiden Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) dan Mohammad Ridzwan Abidin Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Pembangunan) Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

02/12/2018