Close

17/11/2019

Majlis Penutup Karnival Sukan Kerajaan Tempatan Malaysia (MALA) 2019

Majlis Penutup Karnival Sukan Kerajaan Tempatan Malaysia (MALA) 2019 telah berlangsung dengan meriahnya di Dewan Hamzah, Majlis Perbandaran Klang, Selangor.

Di majlis tersebut Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Karnival Sukan Kerajaan Tempatan Malaysia (MALA) 2019 yang telah berlangsung pada 14 Hingga 16 November 2019 di Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Majlis Penyampaian Hadiah dan Piala Pusingan kepada pemenang telah disempurnakan oleh YBhg. Ar Dato’ Yew Tung Seang, Presiden MALA, Y.B Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman, Pengerusi Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, YBhg. Dato’ Noor-Ihsan bin Haji Che Mat, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, KPKT, YBhg. Dato’ Mohamad Yasid bin Bidin, YDP MP Klang dan Puan Elya Marini binti Darmin Setiausaha MP Klang.

Naib Johan Keseluruhan dimenangi oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya tempat ketiga Keseluruhan dimenangi oleh Majlis Perbandaran Klang

Dalam masa yang sama, Gimik Pelancaran Piala Inovasi YB Menteri KPKT dilancarkan sebagai simbolik bermulanya Pertandingan Inovasi YB Menteri KPKT 2020 anjuran MALA bagi merebut hadiah keseluruhan berjumlah RM2.25 Juta (Geran KPKT), Wang Tunai keseluruhan berjumlah RM 21,000.00 , Tiket penerbangan ke luar negara, dan piala Pusingan. Maklumat lanjut seperti link dibawah
https://www.mala.com.my/pertandingan-inovasi-mala-2020-p…/…/

Syabas dan Tahniah kepada semua pemenang.

#PENUTUPSKTM2019
#MALA
#PBTMALAYSIA

17/11/2019

Pertandingan Piala Inovasi Menteri KPKT Anjuran MALA 2020