Close

09/08/2018

Larian Obor APMG 2018 Negeri Sembilan Darul Khusus

k

LARIAN OBOR APMG 2018 DI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

9 OGOS 2018

Bersempena kejohanan Asia Pacific Masters Games 2018 (APMG 2018) yang akan berlangsung pada 7-15 September 2018 di Pulau Pinang, Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) menganjurkan program Larian Obor APMG 2018 di seluruh Malaysia dan Negeri Sembilan telah menjadi lokasi seterusnya dari 9 hingga 11 Ogos 2018.

Larian Obor APMG 2018 telah bermula dari Pantai Cahaya Negeri dan Pulau Burung, Port Dickson yang diketuai oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan merangkap ADUN Sri Tanjung, YB. M.Ravi bersama-sama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Tuan Haji Zamri Bin Mat Kasim.

Obor kemudiannya dibawa oleh para pelari yang terdiri daripada warga MPPD dan anggota Tentera Darat Malaysia menuju ke Muzium Tentera Darat Port Dickson.

Seterusnya, obor diarak menaiki kenderaan sehingga ke Tapak Warisan Kota Dan Muzium Lukut untuk diserahkan kepada ADUN Lukut, YB. Choo Ken Hwa.

Perarakan obor bersama maskot rasmi APMG 2018, CUN, kemudiannya diarak sehingga ke Daerah Mambau dan diserahkan kepada ADUN Mambau, YB. Yap Yew Weng serta wakil Majlis Perbandaran Seremban sebagai simbolik bahawa Seremban sebagai destinasi larian obor selepas ini.

Larian Obor ini akan mencatat sejarahnya yang tersendiri kerana buat pertama kalinya, Pihak Berkuasa Tempatan dari semua negeri di Malaysia akan berganding bahu untuk menyemarakkan semangat perpaduan dan kesukanan.

Larian ini akan mengambil masa selama 99 hari sejauh 3,908 KM yang merangkumi keseluruhan negeri di seluruh Malaysia dan berakhir di Pulau Pinang pada 8 September 2018.

Untuk makluman, kejohanan APMG Penang 2018 melibatkan 22 jenis sukan seperti olahraga, memanah, badminton, bola sepak dan sebagainya.

09/08/2018