Close

07/08/2018

Larian Obor APMG 2018 Melaka 7 Ogos 2018

LARIAN OBOR APMG 2018 DI NEGERI MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

7 OGOS 2018

Bersempena kejohanan Asia Pacific Masters Games 2018 (APMG 2018) yang akan berlangsung pada 7-15 September 2018 di Pulau Pinang, Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) menganjurkan program Larian Obor APMG 2018 di seluruh Malaysia dan negeri Melaka telah menjadi lokasi seterusnya dari 6 hingga 9 Ogos 2018.

Obor APMG 2018 telah diarak oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya yang diketuai oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Puan Mahani Binti Masban.

Obor kemudiannya diserahkan kepada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah iaitu Ybhg. Datuk Haji Azmi Bin Haji Hussain untuk diarak di sekitar Bandaraya Melaka menggunakan Melaka River Cruise yang merupakan tarikan pelancongan utama disini.

Seterusnya obor telah diarak menaiki basikal oleh warga Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah sehingga ke Dataran Keris, Alor Gajah untuk diserahkan kepada Majlis Perbandaran Alor Gajah.

Penyerahan obor telah dilakukan oleh Setiausaha Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah iaitu LAr. Sh. Mohd Nasir Bin Sheikh Salim kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah, Tuan Zamzuri Bin Arifin.

Larian Obor ini akan mencatat sejarahnya yang tersendiri kerana buat pertama kalinya, Pihak Berkuasa Tempatan dari semua negeri di Malaysia akan berganding bahu untuk menyemarakkan semangat perpaduan dan kesukanan.

Larian ini akan mengambil masa selama 99 hari sejauh 3,908 KM yang merangkumi keseluruhan negeri di seluruh Malaysia dan berakhir di Pulau Pinang pada 8 September 2018.

Untuk makluman, kejohanan APMG Penang 2018 melibatkan 22 jenis sukan seperti olahraga, memanah, badminton, bola sepak dan sebagainya.

07/08/2018