Close

01/08/2018

Larian Obor APMG 2018 – Johor (31.7.2018)

LARIAN OBOR APMG 2018 DI NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM

31 Julai 2018

Bersempena kejohanan Asia Pacific Masters Games 2018 (APMG 2018) yang akan berlangsung pada 7-15 September 2018 di Pulau Pinang, Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) menganjurkan program Larian Obor APMG 2018 di seluruh Malaysia dan negeri Johor telah menjadi lokasi seterusnya dari 28 Julai hingga 5 Ogos 2018.

Penyerahan Obor APMG 2018 oleh Pengurusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Negeri Johor, YB En Mohd Khuazzan bin Abu Bakar kepada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Tuan Haji Adib bin Azhari bin Daud di Puteri Harbour. Seterusnya Obor APMG 2018 di arak bersama konvoi berbasikal ke Bangunan Dato Jaafar Muhammad di Iskandar Puteri.

Setibanya di Bangunan Dato Jaafar Muhammad, Obor diserahkan kepada Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Haji Osman Bin Haji Sapian disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi Negeri Johor iaitu YB Tan Hong Pin, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Negeri Johor iaitu YB Mohd Khuzzan bin Abu Bakar, Pengerusi Pembangunan Wanita , Keluarga, Keterangkuman Gender dan Agama selain Islam Pulau Pinang merangkap Pengerusi APMG 2018 iaitu YB Chong Eng, Setiausaha Majlis Bandaraya Pulau Pinang iaitu Encik IR Addnan bin Mohd Razali, Pengarah Belia dan Sukan Negeri Johor iaitu Encik Badari Bin Ag Damit dan Ketua Pegawai Eksekutif APMG 2018 iaitu Cik Linda Geh.

Seterusnya penyerahan Obor APMG 2018 oleh Menteri Besar Johor kepada Ketua Konvoi Berbasikal APMG dan konvoi berbasikal diteruskan hingga ke Edible Park @ Medini 9, Mall of Medini, Anjung dan GP Mall, Gelang Patah.

Seterusnya Obor APMG 2018 diarak oleh pasukan motosikal berkuasa tinggi hingga ke Tanjuang Piai.

01/08/2018