Close

03/08/2018

LARIAN OBOR APMG 2018 DI NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM 02.08.2018

LARIAN OBOR APMG 2018 DI NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM

2 Ogos 2018

Obor APMG 2018 mula diarak dari Laman Diraja Pontian dengan pelepasan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Tuan Azri bin Noraini bersama 10 buah kereta antik dan 12 motosikal berkuasa tinggi.

Kemudian Obor APMG 2018 dibawa ke Pekan Rengit disambut oleh YDP Majlis Perbandaran Batu Pahat iaitu Tuan Haji Shafiei bin Ahamad. Obor APMG 2018 bersama Mascot Cun terus diarak dengan menggunakan Ceketeng dan seterusnya Obor APMG 2018 diserahkan kepada konvoi bermotosikal berkuasa tinggi seramai 30 orang untuk diarak ke Ibu Pejabat Polis, Daerah Batu Pahat (IPD Batu Pahat). Obor APMG 2018 disambut baik oleh Ketua Polis Daerah Batu Pahat, YDH ACP Abdul Wahid Bin Musa di IPD Batu Pahat.

Larian Obor APMG 2018 ini akan mencatat sejarahnya yang tersendiri kerana buat pertama kalinya, Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) dari semua negeri di Malaysia akan berganding bahu untuk menyemarakkan semangat perpaduan dan kesukanan bagi kejohanan Asia Pacific Masters Games 2018 (APMG 2018) yang akan berlangsung pada 7-15 September 2018 di Pulau Pinang.

03/08/2018