KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA (MALA) KE ATAS YB MENTERI KPKT 2025

KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA (MALA) KE ATAS YB MENTERI KPKT
24 JUN 2025, PUTRAJAYA – YBhg Datoβ Hj Abd. Hamid bin Hussain, Presiden MALA bersama – sama barisan Jawatankuasa Eksekutif MALA telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Kunjungan ini membincangkan hala tuju MALA sepanjang tahun 2025 dan beberapa perkara yang dibangkitkan oleh Ahli semasa Mesyuarat Agung yang lalu. Selain itu juga YB Menteri turut menyatakan hasrat, pandangan serta tindakan yang harus dilakukan bersama oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia.
Semoga kunjungan ini dapat memperkukuhkan sinergi antara KPKT dan MALA dalam memastikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
#MalaysiaMadani
#KPKT#BerpersatuanUntukKekuatan







