Close

09/10/2025

JEMPUTAN KEJOHANAN BOLA SEPAK PERSATUAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA (MALA) PIALA YB MENTERI KPKT 2025

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) akan menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) Piala YB Menteri KPKT 2025 yang dijadualkan berlangsung pada 27 hingga 30 November 2025 bertempat di Padang Bola Sepak Dataran Iskandar Puteri, Johor.

3. Sehubungan itu, pihak penganjur amat berbesar hati menjemput pasukan bola sepak YBhg. Datuk / Dato’ / Tuan / Puan untuk menyertai serta memeriahkan kejohanan berprestij ini. Bersama-sama ini dilampirkan poster kejohanan, borang penyertaan serta syarat-syarat pertandingan untuk perhatian dan tindakan lanjut.

4. Bagi pengesahan penyertaan pasukan, pihak YBhg. Datuk / Dato’ / Tuan / Puan boleh mengimbas kod QR pada poster atau klik pautan berikut:

πŸ”— https://link.mbip.gov.my/mala2025

5. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, pihak YBhg. Datuk / Dato’ / Tuan / Puan boleh menghubungi urus setia kejohanan seperti berikut:
i) Encik Mohd Iezuan bin Mohd Salleh – 012-792 9679
ii) Encik Farid bin Kaseh – 012-787 7044
iii) Cik Amalina binti Md Salleh – 011-2323 2970

Sekian, terima kasih.

09/10/2025