Jemputan Ke Kejohanan Sukan Karom 2018

Borang Penyertaan Kejohanan Karom 2018
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) bersama Majlis Perbandaran Pasir Gudang akan menganjurkan Kejohanan Karom 2018 pada ketetapan seperti berikut :
Tarikh: 8 – 9 September 2018 (Sabtu – Ahad)
Tempat: Atrium Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang @ UTC Pasir Gudang
Untuk makluman, yuran pendaftaran adalah seperti berikut:-
(a) Ahli MALA: RM250.00
(b) Bukan Ahli MALA: RM500.00
Hadiah:
- Johan : RM2,000 + Piala Iringan + Medal
- Naib Johan : RM1,500 + Medal
- Tempat Ke 3 : RM1000 + Medal
- Tempat Ke 4 : RM 500 + Medal
Untuk keterangan atau maklumat lanjut, sila merujuk Borang Penyertaan Kejohanan Karom 2018. Terima kasih.






