Close

07/12/2022

SEMINAR BUILDING ENERGY INTENSITY (BEI)

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE SEMINAR BUILDING ENERGY INTENSITY (BEI)

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) akan menganjurkan Seminar Building Energy Intensity (BEI) : Towards Net Zero Energy Buildings dengan kerjasama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM), The Institution of Engineers Malaysia (IEM) dan Malaysia Green Building Council (mGBC) untuk memberi pendedahan berkaitan inisiatif hijau kepada pihak professional/stakeholders bagi bidang yang berkaitan.

3. Sehubungan dengan itu, pihak MALA amat berbesar hati menjemput organisasi YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk menyertai seminar ini pada ketetapan seperti berikut:-

Tarikh : 16 Disember 2022 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : sPICE Convention Centre, Penang

(segala perubahan adalah tertakluk kepada pindaan
pihak Penganjur mengikut kesesuaian semasa)

4. Pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan boleh menghubungi Cik Juliana bt Ismail di talian +6042592021 / +60164836445 atau e-mel ke julianaismail@mbpp.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai seminar ini.

5. Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan juga, yuran penyertaan adalah percuma untuk Ahli MALA dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 9 Disember 2022 (Jumaat).

6. Bersama-sama ini disertakan brosur seminar dan pendaftaran boleh dibuat dengan mengimbas QR Code yang tertera.

7. Kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam menjayakan seminar ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian dimaklumkan.

 

 

07/12/2022