Satu Taklimat kepada Pengurus Pasukan Kejohanan Badminton, Sukan Kerajaan Tempatan Malaysia (SKTM) 2018 sedang berlangsung di bilik Mesyuarat Dewan Bunga Raya, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam. (MPKB-BRI) Untuk makluman, Kejohanan Badminton ini akan berlangsung pada 15 dan 16 November 2018 di Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Kelantan.
TAHNIAH MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN , PAHANG Setinggi-tinggi Tahniah Majlis Perbandaran Kuantan ,Pahang kerana telah dipersijilkan SISTEM PENGURUSAN KUALITI ISO 9001: 2015 pada tahun 2018 baru-baru ini.
Kunjungan tidak rasmi YBhg. Dato’ Ar. Yew Tung Seang, Datuk Bandar MBPP merangkap Presiden MALA kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, YABrs. Y.M. Tuan Zainal Abidin Bin Tuan Yusuf pada 12 November 2018. Terima kasih diucapkan kepada YABrs.Tuan Zainal Abidin & En. Azizan Bin Mohamed yang telah sudi meluangkan masa untuk perjumpaan tersebut.