JEMPUTAN KE PERTANDINGAN GOLF SEMPENA ULANG TAHUN KE-80 T.Y.T YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG 2018 DI CHIANG MAI, THAILAND KEPADA SEMUA AHLI PERSATUAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA (MALA). Tarikh : 8 Disember 2018 (Sabtu) Masa : 7:00 pagi Tempat : Gassan Khuntan Golf Resort Dan ; Tarikh : 9 Disember 2018 (Ahad) Masa : 7:00 Pagi Tempat : Chiang Mai Highlands Golf Cours Bersama-sama ini disertakan borang penyertaan yang lengkap termasuk pilihan pakej yang diingini untuk perhatian YBhg. Dato’ / Tuan / Puan. JEMPUTAN KEPADA AHLI MALA UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN GOLF SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-80 TYT PULAU PINANG BORANG […]
Kunjungan Hormat ke Pejabat Ketua Setiausha, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan , Dato’ Sri Haji Mohammad bin Mentek pada 18 oktober 2018.
Kunjungan Hormat oleh Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) ke Pejabat Ketua Pengarah, Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan( KPKT) iaitu Dato’ Noor-Ihsan bin Che Mat pada 18 oktober 2018 (khamis).
Tahniah diucapkan kepada Pasukan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) kerana berjaya menjadi Johan bagi Kejohanan Bola Sepak MALA 2018 yang berlangsung di Ipoh, Perak. *Keputusan Kejohanan Sukan Bola Sepak 9 sebelah SKTM 2018 di Ipoh, Perak* Johan – Majlis Bandaraya Pulau Pinang Naib Johan – Majlis Bandaraya Ipoh Ketiga – Majlis Bandaraya Alor Star Keempat – Majlis Perbandaran Port Dickson
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) Bil.5(2018) bertempat di bilik Anggerik Tingkat 10 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Persiaran Sultan Abdul Jalil Greentown 30000 Perak Darul Ridzuan.
Majlis Daerah Sabak Bernam dengan kerjasama Jawatankuasa Tetap Pelancongan Negeri Selangor dan Cerdik Catur Enterprise akan menganjurkan ”JUARA CATUR 2018” pada 11 November 2018 (ahad), Pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar, Selangor. Sebarang pertanya sila hubungi encik Fadli 017 695 2169 atau encik Faizal 017 618 0589. Pendaftaran secara ‘ Online’ www.catursabakbernam.blogspot.com Hadiah keseluruhan bernilai RM 7,000 menanti anda.
Larian Bendang anjuran Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) pada 10 November 2018, Jam 6.00 pagi hingga 11.00 pagi, bertempat di Stadium Sungai Besar. Hadiah keseluruhan bernilai RM 13,000 ++ menanti anda!!! untuk maklumat lanjut sila hubungi: 0173057978 En. Zack 0176180589 En. Faizal
Presiden dan semua ahli-ahli MALA di seluruh Malaysia mengucapkan takziah kepada ahli keluarga dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat di atas pemergian enam anggota penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang lemas dan terkorban dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana.
Sekalung Penghargaan dan ucapan TERIMA KASIH Kepada Ahli MALA yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam Larian Obor APMG 2018.