Close

27/11/2025

Kejohanan Bola Sepak Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) – Piala YB Menteri KPKT 2025.

⚽ KEJOHANAN BOLA SEPAK PERSATUAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA (MALA) – PIALA YB MENTERI KPKT 2025

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) sukacitanya telah dilantik sebagai tuan rumah bagi penganjuran Kejohanan Bola Sepak Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) – Piala YB Menteri KPKT 2025.

Tarikh :27 – 30 November 2025
Lokasi :
πŸ“Padang KDOJ (A,B,C,D) Universiti Teknologi Malaysia
πŸ“Padang Educity Sports Complex
πŸ“Padang Dataran MBIP

Kejohanan tahun ini turut menghimpunkan 40 kumpulan dari pelbagai Pihak Berkuasa Tempatan yang bakal berentap untuk merebut gelaran juara Piala YB Menteri KPKT 2025.

Kejohanan ini menjadi pentas mengukuhkan kerjasama antara PBT serta menggalakkan budaya gaya hidup sihat melalui sukan bola sepak. Semua peminat sukan dan warga setempat dijemput hadir untuk memberi sokongan dan memeriahkan suasana sepanjang pertandingan berlangsung.

#MajuJohor
#IskandarPuteri
#MALA
#PBT
#BolaSepak

 

27/11/2025