Close

05/09/2018

LARIAN OBOR APMG 2018 DI PULAU PINANG

 

 

 

 

 

 

LARIAN OBOR APMG 2018 DI PULAU PINANG

2 SEPTEMBER 2018

Bersempena kejohanan Asia Pacific Masters Games 2018 (APMG 2018) yang akan berlangsung pada 7-15 September 2018 di Pulau Pinang, Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) menganjurkan program Larian Obor APMG 2018 di seluruh Malaysia dan Pulau Pinang menjadi lokasi terakhir.

Larian Obor APMG 2018 di Pulau Pinang telah diteruskan lagi dengan keadah “Cross Channel Swim 2018”. Sejauh 6 kilometer Obor APMG ini dibawa merentasi laut dari RnR Bagan Ajam, Butterworth sehingga ke tepian Ocean Green Bearch. Obor. Untuk makluman, pembawa ini adalah Dato’ Ar Yew Tung Seang, Datuk Bandar MBPP, YB Heng Lee Lee, Adun Bukit Berapit, Kevin Yeap Soon Choy (SEA Games 2017 10km Open Water Swimming Gold Medallist dan Angelia Ong Su Lin ( Former National and Penang State Swimmer)

Kemudian obor ini mendapat penyertaan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB. Chow Kon Yeow di Padang Kota dan ADUN KOMTAR, YB. Teh Lai Heng di The Top, KOMTAR.

Turut menyertai larian ini ialah ADUN-ADUN, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang merangkap Presiden MALA, Ybhg. Dato’ Ar. Yew Tung Seang; Ahli-ahli Majlis, Ketua-ketua Jabatan, warga kerja Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan warga kerja Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Pulau Pinang.

Larian Obor ini akan mencatat sejarahnya yang tersendiri kerana buat pertama kalinya, Pihak Berkuasa Tempatan dari semua negeri di Malaysia akan berganding bahu untuk menyemarakkan semangat perpaduan dan kesukanan.

Larian ini akan mengambil masa selama 99 hari sejauh 3,908 KM yang merangkumi keseluruhan negeri di seluruh Malaysia dan berakhir di Pulau Pinang pada 8 September 2018. Untuk makluman, kejohanan APMG Penang 2018 melibatkan 22 jenis sukan seperti olahraga, memanah, badminton, bola sepak dan sebagainya.

05/09/2018