Close

21/08/2018

LARIAN OBOR APMG 2018 DI PAHANG DARUL MAKMUR & PERAK DARUL RIDZUAN 20 OGOS 2018

LARIAN OBOR APMG 2018 DI PAHANG DARUL MAKMUR & PERAK DARUL RIDZUAN 20 OGOS 2018

Bersempena kejohanan Asia Pacific Masters Games 2018 (APMG 2018) yang akan berlangsung pada 7-15 September 2018 di Pulau Pinang, Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) menganjurkan program Larian Obor APMG 2018 di seluruh Malaysia dan sempadan negeri Pahang Darul Makmur dan Perak Darul Ridzuan telah menjadi lokasi seterusnya. Larian Obor APMG 2018 yang berakhir di Teluk Intan, Perak dan kini diteruskan ke sekitar daerah Cameron Highlands, Pahang merangkumi kawasan Lavender Park Ringlet, Bharat Tea Coffee Shop, Taman Sedia, Gereja Anglican, Tee Box 8, Kelab Golf Sultan Ahmad Shah dan berakhir di padang Pejabat Haiwan Daerah Cameron Highlands. Kemudian obor ini terus diarak ke Ipoh dan Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Larian Obor ini akan mencatat sejarahnya yang tersendiri kerana buat pertama kalinya, Pihak Berkuasa Tempatan dari semua negeri di Malaysia akan berganding bahu untuk menyemarakkan semangat perpaduan dan kesukanan. Larian ini akan mengambil masa selama 99 hari sejauh 3,908 KM yang merangkumi keseluruhan negeri di seluruh Malaysia dan berakhir di Pulau Pinang pada 8 September 2018. Untuk makluman, kejohanan APMG Penang 2018 melibatkan 22 jenis sukan seperti olahraga, memanah, badminton, bola sepak dan sebagainya.

21/08/2018