Close

12/09/2018

7TH UCLG ASPAC CONGRESS

MALA mengambil bahagian menyertai pameran sempena 7th UCLG ASPAC CONGRESS di Surabaya, Indonesia bermula pada 11 – 15 September 2018. MALA mempromosikan Sistem INNOCREATE yang dibangunkan bersama Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS). Selain itu hasil inovasi Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) iaitu ID SIGN juga dipamerkan. Seramai 2 orang Ahli Jawatankuasa  Eksekutif MALA mewakili Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) serta 5 orang petugas pameran mewakili Majlis Perbandran Kemaman (MPK) terlibat di booth pameran MALA sepanjang acara ini berlangsung. Acara ini turut disertai oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dari lebih 30 negara yang menjadi ahli gabungan UCLG-ASPAC. Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Naib Presiden Indonesia pada 14 September 2018 jam 9.00 pagi.

12/09/2018