Close

29/08/2018

LARIAN OBOR APMG 2018 DI PERAK RIDZUAN

LARIAN OBOR APMG 2018 DI PERAK RIDZUAN

28 OGOS 2018

Bersempena kejohanan Asia Pacific Masters Games 2018 (APMG 2018) yang akan berlangsung pada 7-15 September 2018 di Pulau Pinang, Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) menganjurkan program Larian Obor APMG 2018 di seluruh Malaysia dan sempadan negeri Pahang Darul Makmur dan Perak Darul Ridzuan telah menjadi lokasi seterusnya.

Larian Obor APMG 2018 yang berakhir di Kuala Kangsar, Perak dan kini diteruskan ke Puncak Bukit Larut yang berketinggian 1036 Meter dari paras laut dan kemudian obor ini diarak terus ke sekitar Night Safari Taiping Perak.
Larian Obor ini akan mencatat sejarahnya yang tersendiri kerana buat pertama kalinya, Pihak Berkuasa Tempatan dari semua negeri di Malaysia akan berganding bahu untuk menyemarakkan semangat perpaduan dan kesukanan.

Larian ini akan mengambil masa selama 99 hari sejauh 3,908 KM yang merangkumi keseluruhan negeri di seluruh Malaysia dan berakhir di Pulau Pinang pada 8 September 2018.

Untuk makluman, kejohanan APMG Penang 2018 melibatkan 22 jenis sukan seperti olahraga, memanah, badminton, bola sepak dan sebagainya.

29/08/2018